TAJUK 9 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

PENGURUSAN PENASIHATAN MURID




MAKSUD PENGURUSAN PENASIHATAN MURID :

       Pengurusan penasihatan mempunyai tiga komponen yang penting iaitu bimbingan, penasihatan    dan mentoring. Pertamanya menurut Crow & Crow (1960) konsep bimbingan bermaksud bantuan    seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Keduanya adalah konsep penasihatan. Menurut Zuraidah (1994) memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Menurut Gibson & Mitchell (1999) nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Konsep yang ketiga adalah konsep mentoring. Mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan individu atau sekumpulan individu (mentee) bertujuan meningkatkan tahap professionalisme mantee. Menurut Fletcher (2000) mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus  dan mengarahkan.


ISI-ISI PENTING :

[ MENU UTAMA ]

1) BIMBINGAN DALAM PENASIHATAN PELAJAR ( RAFIDAH BINTI MOHD ESA)

2) BIMBINGAN DALAM PENASIHATAN PELAJAR(2)  (NOR ASHIKIN BINTI MOHAMAD KHALIL)

3) PENASIHATAN (NUR FATIN ATYIRA BT NOOR HISHAM)

4) MENTORING (LUSIANA BINTI SUKARNA)

5)MENTORING(2) (SITI SOLEHAH BINTI AHAMAD)







Comments